Thursday, December 17, 2009

Thursday, September 24, 2009

Saturday, September 12, 2009

Monday, June 22, 2009

Kunjungan ke Kota Baru




Pada 11hb Jun, satu rombongan ahli - ahli ARC telah sempat bertandang ke rumah Azuha Abdul Aziz - salah eorang kakitangan Angsi yang telah menlangsungkan pernikahan beliu. Rombongan kami bermalam di Pantai Cahaya Bulan.

Dikesempatan itu juga, ahli rombongan juga telah berkesempatan untuk mengunjungi rumah baru Hasrul Hizam atau Mamat, Kalau radio amatur beliu memegang callsign 9W2YON - Pok Yon leeerrrrr. Sempat Pok Yon menjamu kami semua dengan Nasi Kerabu pior. Terima kasih Pok Yon, lain kali jemputlah kai bertandang ke rumah anda lagi. Jangan segan dan silu walaupun kami nie suka makan banyak.

Rumah dia dekat jea dengan tapak pasar malam Wakaf Che Yeh, apa lagi kalau dah sampai tempat shopping. borong sakan awak - awak nie.

Hari Kedua, kami melawat ke Hospital HUSM, Kubang Kerian. Aktiviti lawatan ke wad Kanak - Kanak dengan menyampaikan sedikit cenderahati kepada mereka.

Hari ketiga, kami tak melepas peluang untuk menghabiskan baki duit yang ada di Pengkalan Kubur.

Terima kasih kepada Pak Nea kerana menguruskan rombongan dan juga perjalanan urusan kami di Kota Baru. Seronok berkonvoi ramai - ramai. Tak sabar untuk berkonvoi lagi.


Thursday, June 18, 2009

Penubuhan Kelab Rekreasi Angsi [ ARC ]

Setelah sekian lama, akhirnya tertubuh juga Kelab Rekreasi Angsi atau singkatan ARC ( Angsi Recreation Club ) setelah mendapat kata sepakat dari krew yang terlibat.

Secara rasminya, ARC tertubuh pada hari Jumaat 5hb Jun 2009. Antara tujuan utama penubuhan ARC ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara staf - staf dan kakitangan di Pelantar Angsi. ARC lebih kepada kelab yang menyokong aktiviti indoor dan luar pelantar. Antara yang dijangka diadakan adalah Hari Keluarga, menyertai aktiviti antara pelantar, cth Futsal atau bola sepak padang dan juga aktiviti yang dikira sesuai.

Senarai Ahli Jawatankuasa untuk ARC 2009/2011 adalah seperti berikut :

Pengerusi             : Adnan B Hussin

N.Pengerusi         : Mohd Kamal Abdul Ghani

Setiausaha           : Yusmaizy

P.Setiausaha       : Malek

Bendahari           : Wan Zulkifli

P.Bendahari       : Sidek Sulaiman

AJK                     :

 1. Mazlan Abdul Ghani

2. Wan A Hamid

3. Baharin Kassim

4. Hamidan 

5. M Saiful Bahtiar

6. M Sufian Mat

7. Wan A Azizy

8. Ajai.


Diharap semua AJK yang dilantik dapat melaksanakan tugas dengan cermalang dan saksama.