Monday, June 22, 2009

Kunjungan ke Kota Baru




Pada 11hb Jun, satu rombongan ahli - ahli ARC telah sempat bertandang ke rumah Azuha Abdul Aziz - salah eorang kakitangan Angsi yang telah menlangsungkan pernikahan beliu. Rombongan kami bermalam di Pantai Cahaya Bulan.

Dikesempatan itu juga, ahli rombongan juga telah berkesempatan untuk mengunjungi rumah baru Hasrul Hizam atau Mamat, Kalau radio amatur beliu memegang callsign 9W2YON - Pok Yon leeerrrrr. Sempat Pok Yon menjamu kami semua dengan Nasi Kerabu pior. Terima kasih Pok Yon, lain kali jemputlah kai bertandang ke rumah anda lagi. Jangan segan dan silu walaupun kami nie suka makan banyak.

Rumah dia dekat jea dengan tapak pasar malam Wakaf Che Yeh, apa lagi kalau dah sampai tempat shopping. borong sakan awak - awak nie.

Hari Kedua, kami melawat ke Hospital HUSM, Kubang Kerian. Aktiviti lawatan ke wad Kanak - Kanak dengan menyampaikan sedikit cenderahati kepada mereka.

Hari ketiga, kami tak melepas peluang untuk menghabiskan baki duit yang ada di Pengkalan Kubur.

Terima kasih kepada Pak Nea kerana menguruskan rombongan dan juga perjalanan urusan kami di Kota Baru. Seronok berkonvoi ramai - ramai. Tak sabar untuk berkonvoi lagi.


No comments:

Post a Comment